Tuesday, August 11, 2009

Gembira!

Terlalu lama meninggalkan blog ni tanpa sebarang tulisan sejak tulisan yang pertama. Itu tandanya saya terlalu sibuk sehinggakan saya tak sempat langsung nak jenguk blog ni. Maafkan saya. Tapi saya tahu, kalian semua faham situasi saya ni.

Semenjak dua menjak ni, saya rasa hati saya ni sudah mula berasa tenteram. Terlalu banyak perkara yang menggembirakan saya berlaku. Walaupun kadang2 saya rasa saya tak mampu nak menggembirakan orang lain tetapi yang penting hati saya yang lebih gembira.

Baru-baru ini, saya dapat bertemu kembali dengan seorang teman+kakak+sahabat yang telah terpisah semenjak menamatkan zaman diploma di UiTM Dungun. Pergh... hepi sangat2 rasanya. Dan dapat juga menemukan kembali dengan seorang roommate dia... Huhuhu... Kenangan yang dulu2 habis dibualkan semula. Tapi aku tahu, antara kami sebenarnya tiada masalah. Cuma adanya isu yang ditimbulkan oleh orang yang nak suka melaga-lagakan orang lain. Maka kami masing2 ego dalam hal ini. Masing2 pendam perasaan. Padahal, hati masing2 meronta2. Maafkanlah wahai temanku diatas sikap kita yang ego dulu. Lepas ni, saya harap kepada semua teman2, janganlah kerana ego kita ditinggalkan oleh kawan yang pernah bersusah payah bersama. Fikir dulu sebelum bertindak. Takut nanti menyesal di kemudian hari.

Kepada semua teman2, terima kasih kerana sentiasa menjadi sahabat kepada saya. Saya memohon sekiranya ada kesalahan dan kesilapan, haraplah dimaafkan dan tegurlah saya. Kita pun tahu, yang baik datangnya daripada Allah dan yang buruk datang daripada kita sendiri.

"Sayang Selalu"

1 comment:

  1. dear amy..
    dun worry k?? kali ni takkan ada sengketa antara kita lagi k?? sayangggggg amy sokmo²!

    ReplyDelete