Sunday, January 20, 2013

~2012~ ditinggalkan dengan penuh suka dan duka

Assalamualaikum....

Tak sangka dah setahun tak update blog ni.  Ternyata kebizian melanda diri.  Macam-macam perkara berlaku sepanjang 2012.  Kalau nak share ni, jenuh nak menaip.  Hehehe.

Pertama sekali, saya nak wish SELAMAT TAHUN BARU 2013.  Rasa baru je 2012 tapi sekarang dah masuk tahun baru.  Insyaallah masuk je tahun baru ni, saya dah fikir untuk menjadi seorang yang positif. Tapi tak bermakna saya seorang yang negatif sebelum ni.  Cuma mahu lebih positif.  Dan usia saya kini telah memasuki 30 tahun.  Wah, 3 series.  Apapun, itulah kenyataannya.

Dan untuk pengetahuan semua, saya pun telah menukarkan status dari BUJANG ke TELAH BERKAHWIN.  Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan dan tarikh 31hb OGOS 2012 telah menjadi tarikh perkahwinan saya dengan suami, MOHD NAZLAN yang berasal daripada K.KRAI KELANTAN.  Tak sangka perkenalan kami melalui kawan saya yang juga merupakan sepupu suami pada 2003 telah membawa kami ke jinjang pelamin.  Terima kasih ALONG.  Kita dah jadi sepupu sekarang ni.  Namun, perkahwinan kami ni sekarang adalah PJJ (PERKAHWINAN JARAK JAUH) kerana suami bertugas di KLUANG, JOHOR dan saya masih di SHAH ALAM, SELANGOR.  Bukan tak mahu ikut suami, tapi keputusan kami bersama untuk tinggal dan bekerja di tempat berasingan atas sebab tugas masing-masing.  Bagi kami, ini tak menjadi masalah asalkan tahu batas-batas dan saling jujur.  Alhamdulilah, sekarang dah 5 bulan kami menjadi suami isteri.

Tapi, satu perkara sedih yang berlaku bila saya disahkan keguguran.  Sebelum tu dah tahu mengandung 5 minggu, berasa teruja la juga.  Tapi rezeki tak ada bila kandungan dah berusia 8 minggu, saya mengalami pendarahan.  15hb Disember 2012 lalu saya dah keguguran.  Apapun saya terima dan redha dengan ketentuan ALLAH.  Suami dan keluarga banyak memberi semangat.  Berpantang pun kenalah lebih daripada orang bersalin termasuk mengurut.  Harap-harap lepas ni, ada rezeki untuk kami lagi.  Amin.

Sepanjang 2012 juga, minat saya masih belum berubah.  Masih dengan minat terhadap bolasepak terutama pasukan KELANTAN atau THE RED WARRIORS.  Mana-mana perlawanan di Lembah Klang, tentulah pergi.  Dan ternyata pasukan KELANTAN mengungguli pasukan-pasukan lain dengan menjadi JUARA TREBLE.  3 piala menjadi milik KELANTAN iaitu JUARA LIGA SUPER, JUARA PIALA FA DAN JUARA PIALA MALAYSIA.  Harap-harap tahun 2013 pun akan membawa kejayaan serupa.  InshaAllah.

Oklah, ada masa nanti saya update lagi.  Banyak lagi yang ingin dikongsikan namun masa terhad.  InshaAllah.  Saya kongsikan sedikit gambar-gambar perkahwinan saya untuk tatapan kawan-kawan.

Mekap oleh Anis Fariza (https://www.facebook.com/fariza90)


Batal air sembahyang selepas selamat dinikahkan
Posing

Hari persandingan (Baju+pelamin oleh https://www.facebook.com/Drest2)

Keluarga sebelah saya

Keluarga sebelah suami

Bertandang ke Kelantan

Kami di K.Krai Kelantan


Jaga diri ye.

"Sayang Kalian"