Tuesday, January 17, 2012

Kehidupan

Assalamualaikum....

Wah, dah masuk tahun 2012.  Cepatnya masa berlalu.  Hari ni pun dah 18hb Januari 2012.  Maknanya dah 18 hari dalam tahun ni kita lalui.  Macam-macam benda dihadapi setiap hari.  Kadang-kadang tu rasa terkejar-kejar dengan kehidupan.

Apapun, belum terlewat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2012.  Apa azam anda semua ye?  Rasanya mesti nak berjaya kan.  Saya pun tak terkecuali.  Tapi biarlah rahsia.  Takut tak menjadi.  Hahaha....

Buat masa sekarang ni, saya masih lagi bekerja di tempat lama.  Syarikat UBJ Sdn Bhd nama syarikat tempat saya bekerja.  Sayang giler rasanya kalau nak tinggalkan tempat ni.  Jadi saya bersabar dan bekerja dengan lebih tekun lagi.  Alhamdulillah setiap usaha pasti ada ganjarannya.  

Sekarang ni pun saya terlibat dengan sebuah kelab penyokong bola sepak yang dinamakan TRW Lembah Klang atau nama berdaftar KELAB PENYOKONG BOLA SEPAK PAHLAWAN MERAH MALAYSIA (KPPMM) yang didaftarkan pada 25hb Oktober 2011.  Kalau nak tau, kelab ni mengumpulkan ahli yang menyokong pasukan KELANTAN atau dikenali sebagai The Red Warriors (TRW).  Ahli-ahli tak kira dari negeri mana asalkan penyokong TRW.  Macam saya sendiri, asal PERAK tapi penyokong KELANTAN.  Bagi saya, tak salah pun kalau nak sokong mana-mana pasukan.  Inikan sukan.  

Dalam kelab ni, saya memegang jawatan Setiausaha.  Berat tau tanggungjawab.  Apapun, saya cuba buat yang terbaik.  Tapi sekiranya ada individu yang boleh buat kerja ni dengan lebih baik.  Saya sanggup bagi jawatan ni kat dia.  Buat masa ni, terlalu sibuk.  Takut tak dapat nak fokus kepada kelab.  

Pasal jadi penyokong ni, tentulah kena pegi stadium.  Tapi sekitar lembah klang aje la buat masa ni.  Nak pergi ke Kota Bharu jauh sangat.  Kena plak time kerja, memang tak dapat pergi.  Paling jauh pun sekarang ni, Stadium Paroi, N9.  Ingat nak pegi Kedah minggu ni tapi masa bekerja pulak.  Jadi, tak dapatlah pergi.  Apapun, live ada.  Tengok kat rumah aje la.  Itupun kalau astro sempat pasang sebelum Jumaat ni.

Oklah, nak share sikit foto-foto semasa pergi tengok bola KELANTAN.

Masa ni Piala FA 2011

Masa ni liga super 2011 di Paroi

Terbaru, Piala Sumbangsih 2012 di Bkt Jalil

Banner kelab TRW Lembah Klang

Bukan sahaja bila game KELANTAN je saya pergi.  Bila Team MALAYSIA main pun, saya pergi jugak.  Tengok gambar-gambar ni.  

Sokong MALAYSIA bersama kawan2

Sempat agi pose dalam stadium

Inilah minat saya.  Sapa-sapa yang ada minat macam saya terutamanya kaum wanita, jangan segan-segan pergi stadium.  Kat stadium boleh jerit sekuat hati.  Kalau rasa nak join saya, jom la.  Kita gegarkan stadium.  Oklah, cukup la dulu.  Nanti saya update lagi ok!

Jaga diri ye!

"Sayang Kalian"