Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Kembali Lagi....

Assalamualaikum...

Bersyukur ke hadrat ILAHI kerana sekali lagi diberi kesempatan menempuhi ramadhan. Hari ini merupakan hari pertama berpuasa. Alhamdulillah, dapat melaluinya dengan mudah. Ni pun sebab dah mula berpuasa dari bulan Rejab & Syaaban.

Macam mana dengan kalian semua? Tentu macam2 perasaan wujud sempena ramadhan kali ini. Setiap kali ramadhan, saya rasa sedih mengingatkan Arwah Atuk saya yang meninggal pada malam Nuzul Quran. Dah 11 tahun berlalu, namun saya masih terasa macam baru sangat kehilangan beliau. Semoga roh Arwah dicucuri rahmat ILAHI.

Apa juadah berbuka hari pertama ni? Saya masak sendiri aje kat rumah. Hari ni saya buat ikan sambal, sup sayur dan sambal belacan. Minuman hanya air sirap. Namun, bersyukur masih lagi ada rezeki buat saya dan kawan untuk menjamu selera. Kalau nak ikutkan, macam2 makanan teringin nak dimakan. Namun, saya sentiasa ingatkan diri jangan mengikut nafsu. Cukup lah dengan apa yang ada.

Hmm, oklah setakat ini dulu. Saya ucapkan selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa. Semoga amalan & ibadat kita dirahmati ALLAH. Akhir kata, jaga diri hiasi peribadi.

Sekian.

"Sayang kalian"

Tuesday, June 8, 2010

Sibuk sungguh...

Assalamualaikum....
Hampir 1/2 tahun tak update blog... Mmg busy sesangat dgn kerja n life... Mcm2 nk kena buat... Tapi hari ni tetiba terpanggil utk tulis balik kat blog ni.

Sepanjang 1/2 tahun ni, dah mcm2 hal berlaku. Tak tahulah perasaan ni... Hepi, sedih, marah, kecewa dan mcm2 la dok bercampur baur. Tapi yang berlalu biarkan berlalu. Malas nak ingat. Kalau ingat pun buat sakit hati.
Saya pun dah pindah dok umah baru. Sewa dgn kwn2 baru. Rumah teres 2 tingkat. Walaupun mahal sikit dari apartment yg saya stay dulu, sekurang2nya lebih selesa.

Baru2 ini, saya pergi menyaksikan perlawanan ragbi diantara Sikamat Gunners vs D Perpatih kat Institut Perguruan Raja Melewar di Seremban. Team hubby saya ~ Sikamat Gunners ~ berjaya merangkul gelaran Johan Cup. Tahniah untuk team tersebut.

Kat bawah ni ada gambar2 yang di snap oleh kawan baik saya, Nana sepanjang perlawanan tersebut.

Sesi warm-up

Perlawanan sedang berlangsung

Berusaha keras Sikamat Gunners untuk menang (jersi merah)

Penyokong Sikamat Gunners setia memberi sokongan

Piala Pusingan dan Piala Kejohanan Ragbi Liga N.Sembilan 2010


My hubby (tengah) dgn teammate dia selepas game tamat

Sikamat Gunners Rugby Club (SGRC)

Lan, Badang & Besut

Lan & Amy

Amy & Nana

So, setakat ini dulu buat kali ini. Insyaallah, masa akan datang saya akan update cerita2 yang terbaru tentang diri saya k. Sekali lagi saya mohon maaf diatas kelewatan mengupdate blog ni. Jaga diri kalian k.

"Sayang selalu"