Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Kembali Lagi....

Assalamualaikum...

Bersyukur ke hadrat ILAHI kerana sekali lagi diberi kesempatan menempuhi ramadhan. Hari ini merupakan hari pertama berpuasa. Alhamdulillah, dapat melaluinya dengan mudah. Ni pun sebab dah mula berpuasa dari bulan Rejab & Syaaban.

Macam mana dengan kalian semua? Tentu macam2 perasaan wujud sempena ramadhan kali ini. Setiap kali ramadhan, saya rasa sedih mengingatkan Arwah Atuk saya yang meninggal pada malam Nuzul Quran. Dah 11 tahun berlalu, namun saya masih terasa macam baru sangat kehilangan beliau. Semoga roh Arwah dicucuri rahmat ILAHI.

Apa juadah berbuka hari pertama ni? Saya masak sendiri aje kat rumah. Hari ni saya buat ikan sambal, sup sayur dan sambal belacan. Minuman hanya air sirap. Namun, bersyukur masih lagi ada rezeki buat saya dan kawan untuk menjamu selera. Kalau nak ikutkan, macam2 makanan teringin nak dimakan. Namun, saya sentiasa ingatkan diri jangan mengikut nafsu. Cukup lah dengan apa yang ada.

Hmm, oklah setakat ini dulu. Saya ucapkan selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa. Semoga amalan & ibadat kita dirahmati ALLAH. Akhir kata, jaga diri hiasi peribadi.

Sekian.

"Sayang kalian"

No comments:

Post a Comment