Wednesday, April 13, 2011

Berenang

Assalamualaikum...


Nampaknya sekarang saya bz kat site je...  Memang nak mengadap PC pun dah jarang2 le nampak gayanye..  Nak buat camne kan, cari rezeki.  Cam gitu la...


Ha, skarang ni saya dh ada aktiviti baru.  Berenang atau orang putih panggil 'swimming'.  Perghh...  Semenjak dua menjak ni, saya dgn budak2 umah dah aktifkan diri berenang.  Tempatnye kat kolam renang UITM Shah Alam.  Bestnya sebab tak campur lelaki dan perempuan.  Kitorang pegi hari ISNIN dan RABU pukul 8mlm..  Dalam 1jam lebih la selalunya.  Rate yg dikenakan utk orang awam RM2.00 dan staff UITM RM1.50.  Oklah kan...


Nampaknye itu je nak share dgn kalian. Insyaallah kalau ada masa lagi, saya update blog ni ye...


Sekian.


"Sayang kalian"



Wednesday, March 23, 2011

Kerjaya Adikku...

Assalamualaikum...

Alahai, ambik ms lama juga saya nak update... Mesti ada yg dah bosan nak tunggu dan baca blog saya. Apapun, saya mohon maaf la ye. Banyak sangat kerja yg harus dilakukan. Kerja ofis pun kena buat, kerja di site pun saya juga yg kena buat. Memang penat sangat.

Kali ni saya nak share cite pasal adik bongsu saya, Noor Ain namanye. Ain ni memang la manja kalau dalam family saya ni. Dan dia la satu2nye adik perempuan saya. Sekarang ni dia berada di Pulapol, P.Pinang menjalani latihan Polis Bantuan dibawah Malaysia Airport Berhad.

Ain ni memang la minat kerjaya beruniform ni. Jadi saya suggest la kat dia kerjaya Polis Bantuan ni memandangkan saya ada kenalan yang bekerja sebagai Polis Bantuan di KLIA. So, kebetulan bulan Disember 2010 ada iklan keluar di suratkhabar Harian Metro, jadi saya suruh la adik saya ni apply.

Memang ramai betul yang datang temuduga tu. Banyak betul peringkat yang perlu dilalui. Dari penilaian akademik, fizikal dan akhir sekali dah lulus semua baru ditemuduga oleh panel. Setengah hari dok menunggu adik saya ni. Alhamdulillah dia sampai ke peringkat akhir.

Tak lama lepas temuduga [lebih kurang 2-3 minggu la] dapat surat tawaran untuk latihan. Rasa bersyukur juga la bila dia dapat. Berbaloi2 kepenatan menunggu dia ari tu. Kami sekeluarga yg paling excited sbb dia kena latihan di PULAPOL Langkawi [tempat baru ni]. Sambil2 tu dapat bercuti, hehehe. 15hb Januari dia mula latihan dan 17hb Mac 2011 baru ni dia dah tamat di Langkawi. Sekali lagi, saya dan keluarga pergi ke Langkawi. Wah dasat kan, dalam 2 bulan 2 kali pegi Langkawi.

Selepas tamat di Langkawi, sekarang ni berada di PULAPOL P.Pinang untuk 2 bulan lagi. Harap2 dia ok la disana. Semoga dipermudahkan segala2nya buat dia. Saya nak share la beberapa gambar semasa di Langkawi.



Di ruang menunggu - Jeti K.Perlis


Dalam feri


Dataran Lang


Sempat agi berposing


Pi ngantor dia kat PULAPOL


Selepas 2 bulan, jumpa balik.


Tamat latihan


Bersama adik dan kawan2nya


Dgn mak ayah


Sempat agi p jalan2 sblum balik.



Adikku, Ain.


Penubuhan Polis Bantuan adalah mengikut Bahagian IX, Akta Polis No. 41/67 dan Peraturan – Peraturan ( Polis Bantuan ) Polis 1970 (P.U.(A) 461 sbertarikh 21 hb Disember 1970 ).

Terdapat 22 agensi Polis Bantuan di Kontinjen Kuala Lumpur terdiri daripada Jabatan-Jabatan Kerajaan, Badan – Badan Berkanun dan Sektor Swasta seperti berikut :-
  • Bank Negara Malaysia (BNM)
  • Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Telekom Malaysia
  • Tenaga Nasional Berhad (TNB)
  • Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB)
  • Uda Holding
  • Semasa Sentral
  • Petronas
  • Felda Security
  • Utusan Melayu (M) Berhad
  • Pos Malaysia Berhad
  • Jabatan Perdana Menteri (JPM)
  • Kementerian Penerangan
  • Bursa Malaysia (BSKL)
  • Puncak Niaga Sdn. Berhad
  • Persada Sungai Besi (AADK)
  • Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
  • Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
  • Rapid KL
  • Maju Holding Sdn. Berhad
  • Astro
  • Keretapi Tanah Melayu Berhad
Objektif penubuhan Polis Bantuan adalah seperti berikut :-
  • Memberi khidmat Polis ke kawasan – kawasan di mana liputan Polis tidak berkesan
  • Membolehkan pengawal-pengawal keselamatan yang bekerja di Jabatan –Jabatan Kerajaan , Badan-Badan Berkanun dan Sektor Swasta mempunyai kuasa-kuasa Polis serta membolehkan mereka membawa senjatapi semasa melaksanakan tugas-tugas di dalam kawasan yang ditentukan.
  • Sebagai unit sokongan / bantuan kepada PDRM dalam sesuatu situasi yang diperlukan

# Menurut adik saya, seramai 170 anggota wanita dan 30 anggota lelaki [amat sedikit] yang menjalani latihan bagi siri 1 di PULAPOL Langkawi. Apakah sebenarnya tanggapan orang ramai [terutama lelaki] terhadap kerjaya ini? Cuba komen sikit.

Maafkan saya kalau ada tersilap kata dan terkasar bahasa.

Sekian.

"Sayang kalian"