Tuesday, August 18, 2009

Aktiviti Hujung Minggu 15 & 16/08/09

Assalamualaikum...

Dua ari ni, saya betul2 sibuk. Banyak keja perlu disetelkan. Hari2 kena p jenguk site. Wpun, saya ni bukan la expert dalam hal2 teknikal. Cuma p melawat je untuk tgk apa2 yg tak kena. Kalau ada yg tak kena, tangkap gambar n tanya my boss untuk solution.

Hmm, hari minggu baru2 ni, mmg padat dengan aktiviti... Mmg tak lekat di rumah.

15/08/09 - Ada game Jonah Jones 7's di RSC (Royal Selangor Club, Bkt Kiara) . Saya p tgk team Sikamat Gunners (my hubby de dlm team ni). Saya pegi pun dh lewat. Dah pukul 2 baru sampai. Itupun sebab tak berapa terer nak p bukit kiara tu. Sampai2 tu, p la dok kt khemah team tu. Segan, tapi mujurlah dah kenal diorang semua. Saya p dengan ct (housemate) & ain (my sis). Sampai ke petang dok situ. Team my hubby tu main pukul 4.30 ptg, so sempat la saya berborak2. Ramai juga ex-schoolmate yg saya jumpa masa di RSC - Latib, Anuar & Rosli. Diorang pelik tengok saya di sana. Tapi bila disebelah saya ada my hubby, diorang pun faham la.
Lps je game, my hubby minta saya bawa dia p makan kat Restoran Mami (restoran favorite saya). Saya pun jemput la dia di cobra club, jln utara, pj (tempat team dia tumpang bermalam) bersama kawan dia yg dia panggil emong (lebih kurang camtu la bunyinya). Emong ni orang Sabah. Lps makan, saya bawa diorang p jalan2 kat Uptown Sek 24, Shah Alam.
Dalam pukul 10, masing2 dah letih. Saya tgk my hubby pun dah penat. So, saya pun hantar diorang balik ke pj. Lepas tu, saya pun balik ke s.alam. Sampai2 je dirumah, saya pun mandi, pkai baju tido....n ...terus la tido..


16/08/09 - Hari ni saya n ct bangun awal. Pukul 7 dah pegi pasar. Beli barang2 untuk masak sebab hari ni kitorang dh bjanji nak pegi piknik kat Sg. Gabai, Hulu Langat. Dengan bersemangatnya, kitorang pun menyiapkan juadah untuk dibawa ke sana.
Lebih kurang pukul 10, p jemput Muz & Edy kat seksyen 8 sbb diorang nak naik 1 kereta dengan kitorang. Lepas tu pulak, p jemput Ijal plak kat Sunway. Kira semua naik 1 kereta la. Kitorang pun bertolak. Sampai di Tol Jln Duta, jumpa si Md Nor, kawan ct. Dia naik 1 kereta. Dia ni saya tak suka sgt sebab mulutnya memang kurang ajar. Ada je yang buat saya sakit ati bila saya bcakap dengan dia. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam. Sepanjang perjalanan, mcm2 cerita lawak timbul. Si Muz yang banyak buat lawak. Tak kering gusi dibuatnya.
Sampai je di Sg. Gabai, dah tak sabar nak mandi. Tapi yang tak bestnya, kena panjat tangga untuk keatas. Pergh, mmg menguji ketahanan fizikal. Tapi saya tak kisah la. Bkn selalu pun. Mmmm, sejuk tul air kat situ. Menggigil saya dibuatnya. Baru sekejap berendam, dah terasa sejuknya. Perut pun lapar je. Mujurlah ada bihun n sandwich dibawa bsama. Kira boleh la cover perut yg lapar.
Mula2 tu ingat nak p la jenguk my hubby kat RSC tu, tapi tel tak dapat2. Then saya kol kawan dia. Rupa2nya dia dah balik Seremban. So, kira cancellah nak pegi sana. Dalam pukul 3, kitorang pun bsiap2 untuk balik. Sempatlah pusing2 kl kejap. Then balik s.alam, p makan kat Restoran Mami lagi. Dah lepas tu, saya sempat singgah ofis. Setelkan keje. Ct n Ijal p dating pulak lepas hantar Muz n Edy. Kira kasi chance la. Dalam pukul 11, Ct n Ijal pun jemput saya n p antar Ijal balik ke Sunway. Lepas je hantar Ijal, saya n Ct pun balik la S.Alam. Saya dah tak sabar nak tido. Rasa penat sangat. Sampai di rumah, saya pun terus mandi n bersiap2 la untuk tido sbb esok nak kerjaaaa...

Ni ada sikit2 gambar masa p piknik kat Sg. Gabai.

Macam org lama2 pulak. Tu la kecanggihan yang ada zaman skrg ni.

Geng yang sama2 p piknik.

Muz ni la yg byk buat lawak. Yg pakai topi tu la Md Nor (sebelah kanan). Mmg sy tak suka langsung kt dia. Mulut kurang ajar.


Edy, Ct n Muz

Edy, Ijal, Ct n Muz


Memang seronok sangat bila melakukan aktiviti macam ni di hari minggu. Walaupun penat, sekurang2 nya dapat melepaskan tekanan bekerja. Harap2 dapat melakukan aktiviti seperti ini dimasa mendatang. Kalau ada sesapa yang nak ajak join aktiviti2 macam ni, silakanlah ye.



"Sayang selalu"

3 comments: