Saturday, August 22, 2009

Salam Ramadhan

Assalamualaikum...

Dah masuk hari kedua umat Islam berpuasa. Terasa cepat masa berlalu. Dikesempatan ini, saya nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua. Maafkan saya sekiranya ada salah dan silap sepanjang persahabatan dan perkenalan kita.

Bulan Ramadhan kali ini saya masih sambut di rumah sewa. Almaklumlah tinggal di tempat orang. Kenalah survive. Saya rasa seronok juga. Sekurang2nya saya boleh berdikari. Bukan tak nak balik dan sambut dgn family. Tapi faham2 lah...gaji lum masuk. Insyaallah, cukup bulan ni boleh la balik kg kerana cuti 3 hari. Berpuasa dengan family mmg la lain. Dapat rasa masakan mak n ayah. Ayah pun terer masak. Rindu nak makan sambal ikan tongkol ayah... Mmg best sgt... huhuhu...

Dah 2 malam pegi tarawih di surau apartment ni, rasa seronok sgt. Mcm tahun2 lepas tak berkesempatan untuk penuhkan malam dengan solat tarawih. Tahun ni, insyaallah cuba untuk memenuhi malam2 yang ada untuk solat tarawih berjemaah. Kat sini, solat tarawih 8 rakaat je. Dekat2 pukul 10, dah habis la.

Untuk bersahur pula, selalunya kitorang 4.30 pg dah bangun. Masak lauk ala kadar. Untuk alas perut. Saya mesti kena minum susu memandangkan perut saya ni sensitif. Almaklumlah ada penyakit gastrik. So, kenalah cover dengan susu. Kasi perut kenyang sikit. Lagipun sebelum Ramadhan ni, saya dah biasakan diri dengan berpuasa. Jadi, perut saya pun tak la terlalu shock.

Jadi, semoga puasa dan amalan kita tahun ini diberkati oleh Allah swt. Semoga diberi kesempatan untuk menunaikannya tanpa sebarang halangan. Insyaallah...

"Sayang selalu"

No comments:

Post a Comment