Thursday, August 13, 2009

Berfikir!

Assalamualaikum

Malam ni saya rasa sunyi sangat. Mungkin perasaan je kot. Si dia pun dah tido sebab si dia ada game pagi esok. Sempat bercakap sekejap saja. Cukuplah untuk mengubat rindu. Hehehe... Nak tido pun belum ngantok. Hmm, so, tulislah sikit apa yang terlintas dalam fikiran ni.

Hmm... banyak juga benda dok terfikir sekarang ni. Tapi kalau difikir2, boleh jadi tak betul dibuatnya. Sampaikan bab2 berfikir ni, saya sendiri dah kena sound dgn si dia tu. Lebih kurang camni la ayat2 si dia :

"Jangan bnyk berfikir. Benda yang akan datang, kita tak tahu. Fikir boleh, tapi jangan terlalu ambik serius. Kalau kita tahu masa depan kita, dah tentu ramai yang tak nak teruskan hidup. Cth yg paling senang, kapal terbang. Kenapa orang masih naik kapal terbang walaupun dah pernah terhempas sekali? Sebab kita tak tahu masa depan dan nasib kita. Tak semestinya dah pernah berlaku sekali, ia akan berlaku lagi. Cuma kita perlu berhati-hati dan berdoa supaya diberi keselamatan dan kesejahteraan."

Saya pun berfikir tentang apa yg dikatakannya. Memang benar apa yang dikatakan si dia. Saya terlalu serius memikirkan masa depan sehingga saya sendiri tidak faham dengan diri saya. Pernah juga saya keluarkan ayat yang mengarut. Bukan mencarut. Hehehe... Mujurlah si dia memahami dan banyak memberi saya kata2 semangat dalam hidup saya selepas banyak perkara menyedihkan saya alami. Terima kasih kepada si dia.

Saya sendiri sudah berjanji dengan diri saya untuk melupakan kesedihan yang saya pernah alami. Saya perlu memulakan langkah untuk ke hadapan. Saya tak perlu lagi menoleh ke belakang. Saya hanya perlu beringat2 setiap pengajaran yang ada. Dan saya berharap keluarga, sahabat2 dan si dia menjadi pendorong kepada saya untuk saya teruskan hidup ini.

Mungkin ada rahmatNya di setiap kejadian yang berlaku. Dan saya pegang, setiap apa yang berlaku adalah kehendakNya. Berfikir adalah keistimewaan setiap manusia. Berfikir yang positif, maka positiflah jadinya. Kalau dah berfikir yang negatif, maka negatiflah jadinya. Jadi, tepuk dada tanyalah selera. Kita yang mengatur hidup kita dan kita yang memilih jalan yang hendak dilalui.

Setakat ini dulu... Mata pun dah mula layu. Maknanya saya dah nak tido. Hehehe... Jumpa lagi!

"Sayang selalu"





2 comments:

  1. berfikir masa depan... emm takyah berfikir la amy.. yang penting perangcangan... tu yang penting.. apa goal kita kena set kan untuk masa depan.. kalau berfikir adoyai dah tentu merewang sedangkan menda tu tak pasti kan..

    kalau amy merancang.. sure kalau ikut flow ia akan cantik jew.. cuma jalannya yang akan berubah mengikut keadaan

    ReplyDelete
  2. thanks pakchu... mmg betul kata pakchu tu..
    skrg ni sy mmg hnya merancang.. tapi tentu Allah yg menentukan segala2nya.

    ReplyDelete